Tuesday 23 October 2018

LAMA BERCUTI😂😂😂

Bismillah...
AllahhuAkbar setahun genap kak ipah tak tulis apa2😟😟😟
kerana kesibukan yang teramat sangat membuatkan kak ipah tiada masa update apa2 diblog kak ipah nie.
Jangan ingat surirumah tak busy ya gais hehehe...
kesibukan kak ipah bukan sebab kerja rumah or masak tapi kak ipah busy dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan mencari ilmu dunia dan akhirat.
Selama tinggal di ppr taman sri semarak nie entah kenapa kak ipah antara orang yang paling busy😅😅😅
Banyak program yang kami buat untuk memenuhi hari2 kami sebagai seorang isteri dan ibu.
Pusat internet ppr taman sri semarak juga banyak memberi kami peluang untuk belajar dan explore benda baru.
Alhamdulillah...
semoga lepas nie kak ipah akan lebih rajin berkongsi dengan sahabat semua cerita2 menarik dan peristiwa manis.
fasa kehidupan kak ipah pun banyak berubah jadi lebih baik dan selesa.
semoga Allah memberi segala kebaikan dan keselesaan buat kita semua ya gais
ok la...nanti kita sambung lagi ya😊😊
Tawau awal masuk waktu zohor jadi kak ipah chow dulu ya gais
JANGAN LUPA SOLAT...HANYA DENGAN SOLAT HATI KITA AKAN LEBIH SELESA

ASSALAMUALAIKUM....

Friday 31 March 2017

Busy sangat....

Bismillah...
1.4.2017 barulah ada keinginan untuk  buka halaman kak ipah nie hehehe...
Betul2 busy Dan betul2 otak tidak berhubung.
Petang nie pun ada potluck party yg kami adakan di ppr taman Sri semarak nie.lama dah mau diadakan tapi sebab kak ipah busy semua tu tertangguh.
Kak ipah bukan siapa2 di ppr nie tapi entah kenapa jiran2 Dan kawan2 d ppr nie tidak akan mau hadir kalo kak ipah tidak hadir.
Dengan keadaan kak ipah yang sakit lutut pun terpaksa jugak hadir Dan mengatur event tu hehehe
Nak story sikit apalah sangat yang kak ipah busy Dari hujung tahun 2016 lagi nie ya...
Kak ipah Dan Suami buat kelas pengajian Al-Quran,kelas persediaan untuk kembali kesekolah untuk anak2 jiran2 di ppr taman Sri semarak nie.ramai jugak peserta,adalagi yang nak join tapi kerana keadaan Rumah yang tak mampu menampung ramai orang kami terpaksa menolak permintaan untuk menambah pelajar.semoga anak2 semua dpt manfaat Dari kelas tu...in Shaa Allah
January 2017 bermula pulak diary kak ipah Dan Suami ke hospital. Suami tak sihat Dan terpaksa buat pembedahan kecil.proses penyembuhan yang lama membuatkan kak ipah banyak masa bersama Suami.
Kesibukan kak ipah bersambung bila anak kak ipah balik Tawau untuk menghabiskan cuti semester nya Dan mencari tempat praktikal pulak hehehe...
Busy...Dan busy...kak ipah lalui dalam 3bulan diawal tahun 2017..
Dengan mama kak ipah yang masuk wad sekali pulak dengan anak sedara yang tiba2 jugak masuk wad...huh!!!!
Betul2 dugaan buat kami 1family...alhamdulillah dapat jugak kami laluinya dengan tabah.
Selepas mama Dan anak sedara keluar wad Dan beransur sihat kak ipah tumpukan urusan untuk komuniti ppr pulak.PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ppr taman Sri semarak banyak merancang program utk penduduk di sini.yg paling best adalah HARI BERTEMU USAHAWAN..program khas utk memperkenalkan usahawan ppr kami.
In shaa Allah nanti kak ipah akan kongsikan di laman nie gambar2 setiap event yang kak ipah Dah join ya.
Cukup setakat nie...nanti kita sambung lagi ya hehehe
Mudah2an otak akan selalu berhubung ya
Jangan lupa solat ya sebab hanya dengan solat kita akan kuat melalui kesibukan dalam hidup kita.
See u...

Wednesday 16 November 2016

FASA KEHIDUPAN....

Bismillah...
Poligami...
Banyak baik dan buruknya.banyak manis dan pahitnya.banyak sedih dan gembiranya.banyak duka dan bahagianya.
Apa yang aku lalui banyak pulak fasanya hehehe...
Fasa kehidupan yang kadang buat aku rasa semua rasa.aku hanya mampu untuk cuba bertahan dan melalui setiap fasa itu dengan tenang dan sabar.
Kembali kepada Allah adalah ubat segala penyakit rasa itu.bukan mau tunjuk baik atau mau bagitau orang yang aku baik tapi itulah yang aku rasa sekarang ini.
Dengan mudah aku akan kongsikan kisah poligami ku pada sesiapa sahaja yang aku kenal atau baru kenal.bukan mau mintak pujian atau mintak puji,tapi bagi aku itulah caraku untuk sentiasa mendapat kekuatan dan doa dari semua sahabat dan family.
Satu sebab lagi kenapa aku mudah berkongsi kisah poligamiku adalah kerana aku tidak mau ada rakan baru yang tiba2 terhairan dan terkejut kalau mereka terjumpa dengan sang suami bersama isteri dan anak2nya.
Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menerangkan pada mereka yang aku ok dan aku dah terbiasa.
Aku tidak mau ada kawan yang tiba2 takut untuk bercerita tentang hal poligami dan kisah rumahtangga bermadu-maduan ini hihihi...
Yang pasti bila kita kembali kepada Allah in shaa Allah kita akan dapat melalui fasa hidup berpoligami itu dengan tenang dan baik2 saja.
Bila kita kita berharap banyak dan bersyukur bila dapat sedikit pasti kita akan lebih dewasa dan matang.
Sahabat atau family yang sedang melalui fasa kehidupan ini ku harapkan akan terus tabah dan berdoa untuk kekuatan kita bersama.
Carilah kawan seramai mungkin supaya lebih ramai kawan yang akan mendoakan kita dan sayangkan kita.
Jangan cari musuh ya....rugi rasanya bila kita cipta dan bina rasa bermusuhan itu.
Jangan lupa solat...hanya dengan solat hati kita akan lebih bahagia dan gembira.
See u....

Wednesday 13 July 2016

INI KISAHKU...MENUMPANG

Bismillah...
Kehidupan menumpang di rumah orang tetap lain cara dan rasanyakn...
Walaupun di rumah mak kita sendiri pasti ada ahli keluarga lain yang sama2 tinggal di situ.
Mungkin masa tu aku sangat tak kuat,hingga membuatkan aku cepat sedih dan terasa hati.aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan rumah yang ramai penghuninya.agak rumit di situ...
Tiap kali aku rasa sedih pasti aku menangis dan rindu sangat dengan anak dan sang suami.ada saja perkataan yang keluar dari mulut mereka yang membuatkan aku rasa di malukan dan rasa di hina.
Dengan keadaan bilik yang sempit,panas dan hanya bertilamkan lantai setiap pagi aku bangun dengan keadaan yang sangat lemah dan sakit seluruh anggota badan.
Selepas 2 minggu barulah aku dapat membeli sebiji tilam single untuk alas tidur ku.alhamdulillah....
Sang suami selalu jugak melawat aku di rumah family ku.kalau dia datang kami hanya berbual dan bertanya khabar dalam masa yang singkat.
Sebulan selepas itu sang suami mengkhabarkan pada ku yang dia sudah mendapat rumah sewa.tapi penyewa terdahulu belum pindah,jadi kami kena menunggu proses mereka berpindah.
Alhamdulillah....selepas lebih 2 bulan menumpang akhirnya kami berpindah kerumah sewa baru.aku sangat2 happy dan bersyukur.
Berkat kesabaran dan kekuatan yang Allah berikan pada kami,rumah sewa baru itu kami pindah tanpa perlu membayar deposit...ALLAHU AKHBAR!!!
Bagaimana kehidupan baru kami di rumah sewa?nantikan next entry ya...
Jangan lupa solat ya....hanya dengan solat hidup kita lebih berkat.
See u...

Tuesday 12 July 2016

INI KISAHKU...PINDAH RUMAH LAGI

Bismillah...
Dari rumah tumpang ke rumah sewa...
Dugaan datang lagi buat kami sekeluarga.tiba2 tuan rumah yang menumpangkan kami menyuruh kami berpindah dengan segera.
Dalam keadaan ekonomi yang amat gawat,dalam keadaan anak ku yang akan menyambung semester baru diplomanya kami di uji dengan berita ini.
Sang suami menyampaikan permintaan tuan rumah pada ku.hanya airmata yang dapat aku luahkan saat itu.aku cuba bertenang dan cuba berfikir jalan terbaik buat kami.sebab hanya dalam beberapa hari ja anakku akan kembali ke kolejnya.
Aku katakan pada sang suami untuk meminta tempoh sehingga anakku terbang balik ke kolejnya dan lepas tu baru la kami mulakan kerja perpindahan.
Bukan senangkan nak cari rumah sewa secepat mungkin?tapi aku gagahi jugak untuk lebih bertenang dan bersabar.
Rasa sedih,marah dan tak puashati dengan apa yang berlaku.lebih2 lagi kami seperti di halau dan yang melakukan itu adalah keluarga dekat sang suami.
Sehari lepas anakku berangkat balik kami terus memulakan misi berkemas rumah.sambil sang suami mencari rumah sewa sambil tu jugak kami berkemas.
Tapi tak mungkinkan boleh dapat rumah sewa secepat itu?jadi dengan rasa tenang aku berbincang dengan sang suami apa yang harus kami buat sementara belum dapat rumah sewa.
Oleh kerana tiada jalan untuk semua tu,aku terus mengambil keputusan untuk tinggal di rumah orangtua ku sehingga dapat rumah sewa.maknanya kami suami isteri terpaksa berpisah untuk tempoh yang kami sendiri tak pasti.
Untuk sang suami tak jadi masalah sebab dia ada rumah ke2 kan...
selepas siap bekemas kami pun memulakan kehidupan baru yang aku sendiri tak pasti adakah baik,buruk,manis  or pahit.
Berpisah dengan anak dan sekarang berpisah pulak dengan sang suami.aku betul2 tak kuat...aku betul2 lemah...
Dengan ekonomi yang tak berapa nak baik aku terpaksa menumpang di rumah family.sakitkan.....
Hanya kekuatan dari Allah saja yang membuatkan aku terus berdiri dan terus menempuh dugaan itu.kasih sayang anakku dan sang suami merupakan tongkat sakti waktu itu.tongkat yang membolehkan aku terus bergerak dan berdiri tegak untuk aku terus bernafas...
Bagaimana aku dengan kehidupan baru ku?
Next entry ya....
Jangan lupa solat...hanya dengan solat kita boleh terus bergerak dan berdiri tegak untuk terus bernafas.
See u...

INI KISAHKU...LEBIH POSITIF

Bismillah...
Kehidupan yg ku lalui kadang manis, kadang pahit,kadang sedih dan kadang jugak bahagia.Allah itu maha adil dan maha memahami kan...
Aku masih boleh meneruskan kehidupan dengan kehadiran anak2 sang suami.cuma....ada masanya sang madu selalu membuatkan hati ini terluka dan terguris.walau kami tak pernah berjumpa tapi ada saja perbuatannya yang membuatkan aku sedih,marah dan sakit hati.
Sukar untuk di ungkapkan apa dan bagaimana...tapi tindak-tanduk sang suami selalu berubah2 seperti ada yang tak kena.
Kadang aku rasa letih dan penat sebab bila aku fikirkan masa ku bersama anak2 sang suami lebih banyak daripada masa sang madu bersama anak2nya.
Aku teruskan jugak kehidupan ku itu dengan harapan semoga Allah terus berikan kekuatan dan kesabaran buat ku.aku cuba buang perlahan-lahan kata hati yang tak baik dan aku cuba untuk lebih positif.
Alhamdulillah...hati ku lebih kuat dan positif walaupun secara perlahan.itu lebih baik kan daripada langsung tak berubah...
Doaku...semoga hati ini lebih kuat dan sabar menghadapi sikap dan kerenah anak2 sang suami dan sang madu.aamiin...
Jangan lupa solat ya...hanya dengan solat kita boleh lebih positif
See u...

Monday 11 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Bismillah....
#rayake7
Alhamdulillah...hari nie dah raya ke7 dan mood raya pun dah mula berkurangan.
Bukan sebab tak mau beraya tapi kemarin my little miss sunshine dah balik kolej untuk sambung final examnya.ada 3 paper lg yang akan di lalui oleh my sunshine.
Hanya doa dan pengharapan ja yang dapat di kirimkn buat my sunshine.semoga dia terus focus dan kekal sihat di sana.
Raya???
Macam biasa aku lalui dengan sederhana ja.tapi aku happy sebab tahun nie dapat beraya dengan anak ku dan family ku.sang suami beraya dengan isteri dan anak2nya.aku tak kesah sebab aku yang buat permintaan tu hehehe...
Tahun nie aku happy sangat sebab aku dapat banyak nikmat d bulan puasa.nikmat yang selama nie aku idamkan dan hanya mampu buat separuh ja....
Alhamdulillah tahun nie ramadhan ku begitu bermakna.aku bersyukur Allah masih memberi peluang untuk menunaikan impianku dan semoga ramadhan tahun depan aku masih dapat peluang itu.
bila ku fikir balik...banyak sebenarnya happy moment yg aku lalui di bulan ramadhan n syawal tahun ini.
Yang paling membahagiakn aku bila anakku terlihat makin dewasa dan berubah jadi lebih baik.tak pernah dalam sehari pun dia tak membahagiakan ku...
Walau dalam sibuk study dan melayan karenah family tapi dia masih sempat membantu aku di dapur dan tak pernah membiarkan ku membuat kerja sorang2.
Aku tau dia penat dan mengantuk...tapi dia langsung tak pernah mengeluh dan mengadu.walaupun dia tak sihat tapi masih menggagahkn diri untuk membantu ku.
Alhamdulillah....aku bersyukur sangat2 memiliki anak yang selalu membuat ku rasa bahagia dan di hargai.
Aku doakan anda semua pun akan dapat anak yang sebaik anak ku..
Semoga my little miss sunshine akan terus menjadi anak yang baik,sabar,kuat dan dapat memberikan kebahagian buat semua orang.
Jangan lupa solat ya...hanya dengan solat kita boleh jadi lebih matang dan dewasa.
See u...